Gambar hiasan

Lelaki didakwa baling parang di Felda Bukit Rokan diburu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

TAMPIN – Polis sedang memburu seorang lelaki yang dipercayai terlibat dalam kejadian membabitkan senjata tajam di kawasan Gemas, di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Tampin, Superintendan Amiruddien Sariman berkata, setakat ini pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian itu membabitkan seorang individu dipercayai mempamerkan senjata tajam berupa parang di Felda Jelai.

“Satu laporan polis berhubung kejadian berkenaan baharu diterima tengah hari tadi di Balai Polis Gemas. Polis kini sedang menyiasat aduan serta mengesan suspek.

“Bagaimanapun, dakwaan tular kononnya suspek membaling parang ke arah seorang individu yang dalam perjalanan pulang dari tempat kerja di sebuah kilang simen di Felda Bukit Rokan masih dalam semakan pihak polis,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini, hari ini.

Ujar Amiruddien, orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa berwaspada dan tidak menghampiri atau mengambil tindakan sendiri sekiranya terserempak dengan individu atau kenderaan yang mencurigakan.

Terdahulu, tular mesej mendakwa kejadian berkenaan di mana suspek didakwa menaiki sebuah kereta berlegar-legar di kawasan berkenaan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN