Armizan ketika menghadiri Program IP Spark 2026 di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pengalat pada Ahad. - Foto oleh IVAN AMIRUL

MyIPO sasar 2,000 permohonan paten menjelang 2030

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PAPAR – Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) menyasarkan peningkatan permohonan paten oleh warganegara Malaysia kepada 2,000 permohonan menjelang 2030.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Armizan Mohd Ali berkata, sasaran berkenaan selaras usaha memperkukuh ekosistem penyelidikan, pembangunan, pengkomersialan dan inovasi (R&D&C&I) negara.

“Sasaran itu juga merupakan antara agenda di bawah Rancangan Malaysia Ketiga Belas (RMK-13),” katanya ketika sidang media sempena Program IP Spark 2026 di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pengalat hari ini.

Beliau berkata, salam aspek dasar pula, MyIPO akan melaksanakan kajian penambahbaikan Dasar Harta Intelek Negara (DHIN 2.0) selain mengkaji perlindungan ekspresi budaya tradisional.

“Langkah berkenaan penting bagi memastikan ekosistem harta intelek negara kekal relevan dan progresif dalam menangani cabaran perkembangan teknologi serta memenuhi keperluan industri dan komuniti.

“Selain itu, MyIPO bagi tahun 2027 turut menyasarkan lima permohonan petunjuk geografi tempatan dan dua permohonan antarabangsa.

“Antara produk yang dikenal pasti termasuk Avocado Sabah, Nanas Bario dan Durian Raja Kunyit Tanah Merah. Inisiatif ini bertujuan meningkatkan pengiktirafan, reputasi dan nilai komersial produk tempatan sekali gus membuka peluang pasaran yang lebih luas kepada komuniti pengeluar,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN