Tangkap layar memaparkan seorang penunggang motosikal tercampak selepas terlibat kemalangan dengan sebuah kereta di Kampung Jawa, Bayan Baru semalam.

Nahas Kampung Jawa: ‘Mira rindu, mama dah tak sakit kan’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – “Mama, Mira rindu. Mama dah tak sakit kan.”

Demikian luahan pilu anak kepada mangsa yang maut dalam kemalangan membabitkan sebuah kereta dan motosikal di Jalan Kampung Jawa, Bayan Baru, Bayan Lepas, Pulau Pinang, semalam.

Luahan pilu itu dikongsikan seorang individu yang dipercayai rakan kepada anak mangsa menerusi tangkap layar status yang dimuat naik di media sosial.

Dalam kejadian tersebut, mangsa, Yenni Arianti, maut di lokasi kejadian selepas motosikal yang ditunggangnya merempuh sebuah kereta yang disyaki melanggar lampu isyarat merah.

Difahamkan, ketika kejadian, mangsa dalam perjalanan pulang ke rumah selepas menghantar anaknya sebelum terbabit dalam nahas berkenaan.

Sementara itu, hari ini media melaporkan pemandu kereta terbabit yang juga pengurus kilang direman sehari bagi membantu siasatan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN