Abdul Hadi

PRN Melaka: Rakyat yakin usaha penyatuan ummah – Abdul Hadi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka ke-16 kali ini membawa mesej cukup bermakna, khususnya terhadap keyakinan rakyat kepada usaha penyatuan ummah.

Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang berkata, dalam masa sama ia juga membawa harapan rakyat untuk melihat sebuah pentadbiran yang adil, berkebajikan dan memelihara keharmonian masyarakat majmuk.

“Pas menginsafi besarnya tanggungjawab dan kepercayaan yang diberikan oleh rakyat.

“Keutamaan Pas adalah untuk mengisi kemenangan melalui agenda berkebajikan, berintegriti dan adil kepada semua,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau turut mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada seluruh kepimpinan Perikatan Nasional (PN) dan Barisan Nasional (BN) serta calon, petugas dan jentera parti yang telah menunjukkan kesungguhan, pengorbanan dan semangat kebersamaan sepanjang menghadapi pilihan raya ini.

Beliau turut mengucapkan tahnian dan terim akasih kepada

“Alhamdulillah, saya menzahirkan setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Allah SWT serta merakamkan penghargaan kepada seluruh rakyat Melaka atas mandat dan kepercayaan yang diberikan kepada PN dan BN dalam PRN Melaka.

“Semoga Allah SWT memberkati kemenangan ini, memandu setiap langkah kepimpinan yang diberikan amanah, serta mengurniakan kekuatan untuk berkhidmat dengan penuh keikhlasan dan tanggungjawab,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN