MELAKA – Barisan Nasional (BN) ‘mengisytiharkan’ menang secara tidak rasmi di tiga Dewan Undangan Negeri (DUN) iaitu Tanjung Bidara, Lendu dan Sungai Udang.
Asyraf Wajdi berkata, di DUN Tanjung Bidara, BN melalui calonnya, Datuk Seri Dr Ab Rauf Yusoh mendahului dengan majoriti 5,440.
Katanya, bagi DUN Lendu, calon BN Abdul Hakim Abdul Wahid menang dengan majoriti 4,627, manakala calon BN DUN Sungai Udang, Datuk Rais Yasin menang dengan majoriti 11,059.
















