Mohammed Mukhyuddin (kiri) ketika menerima watikah pelantikan sebagai Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negara ke-15 daripada Mohd. Zin (kanan) di Perak hari ini.

Dr. Mohammed Mukhyuddin Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negara ke-15

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Dr. Mohammed Mukhyuddin Sarwani dilantik sebagai Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negara ke-15 berkuat kuasa semalam.

Pelantikan bekas Pemangku Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negara itu diumumkan oleh Ketua Pengakap Negara, Datuk Mohd. Zin Bidin (B) pada Majlis Perasmian Plak Seratus Tahun Pergerakan Pengakap The Malay College Kuala Kangsar (MCKK), Perak hari ini.

Persekutuan Pengakap Malaysia (PPM) dalam kenyataan berkata, pada majlis sama, Mohammed Mukhyuddin turut menerima watikah pelantikan bagi mengesahkan kedudukannya sebagai peneraju baharu kepimpinan PPM.

Sementara itu, Mohd. Zin berkata, Mohammed Mukhyuddin telah menjalankan tugas sebagai Pemangku Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negara sejak 2025 sebelum pelantikannya diisytiharkan berdasarkan kuasa yang diperuntukkan oleh Yang di-Pertuan Agong.

“Dengan kuasa yang diberikan kepada saya oleh DYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, saya dengan ini mengisytiharkan Dr. Mukhyuddin sebagai Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negara Malaysia yang ke-15,” katanya.

PPM berkata, pelantikan tersebut menandakan satu perkembangan
penting dalam kepimpinan PPM khususnya dalam
meneruskan kesinambungan pentadbiran dan hala tuju pergerakan Pengakap di
Malaysia.

“Sebagai Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negara yang ke-15, beliau akan menerajui kepimpinan kepengakapan negara dalam usaha memperkukuh peranan
Pengakap sebagai gerakan pendidikan bukan formal yang membentuk sahsiah,
kepimpinan dan jati diri generasi muda,” jelas kenyataan itu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN