Aksi Mohd Noor Helmy dalam video terbaharu yang dikongsikan di Facebook beliau malam ini.

[VIDEO] Noor Helmy muncul sebagai superhero Duyong

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Duyong, Datuk Mohd Noor Helmy Abd Halem tampil dengan gaya tersendiri apabila mengangkat imej adiwira menerusi hantaran terbaharunya di media sosial malam ini.

Menerusi perkongsian di Facebook, calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka itu memuat naik ungkapan ringkas tetapi mendapat perhatian ramai dengan lebih 5,700 tanda suka diberikan.

“Iron Man (tidak), Iron Mat (ya). Duyongkita,” tulisnya ringkas.

Perkongsian itu turut disertakan dengan tanda pagar #MelakaSayangRakyat, #DuyongKita dan #KroniHelmy yang dilihat membawa identiti kempen beliau di DUN berkenaan.

Mohd Noor Helmy juga memuat naik video aksinya dengan persalinan adiwira lengkap membantu penduduk setempat dalam segala keperluan.

Selepas dua jam hantaran itu dimuat naik, ruangan komen dibanjiri respond orang ramai.

“Wow another level (lain dari yang lain) betul ini. Mantap menyala,” puji Faris KR.

“Tengok awal-awal wow padu dan rasa nak ketawa sebab jadi ‘Iron Man’, selepas itu wow lagi bila dah jadi ‘Dr Strange’. Tiba-tiba air mata berkaca pula bila dngar kata-kata latar yang YB ucapkan menusuk hati. Bangga rasanya,” kata Abe Yus.

“Mantap Iron Mat,” tulis Mohd Faiz Fauzi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN