KOMBINASI gambar menunjukkan Trump, Huang dan Cook. – AFP

Trump mahu Tim Cook ganti Jensen Huang di Nvidia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

WASHINGTON – Presiden Donald Trump berkata semalam bahawa bekas Ketua Pegawai Eksekutif(CEO) Apple, Tim Cook sepatutnya menggantikan Jensen Huang selepas CEO  Nvidia itu meletak jawatan berikutan pendedahan mengenai dua hubungan sulit, termasuk satu dengan wanita yang didakwa pengintip China.

“Memandangkan CEO Nvidia JENSEN HUANG  yang melakukan tugas dengan sangat hebat, telah meletak jawatan, ada seorang sahaja yang  layak mengambil tempat beliau — TIM COOK dari Apple,” kata Trump di laman web Truth Social miliknya.

“Seorang Legenda menggantikan tempat seorang Legenda!” tambahnya.

Trump tidak mempunyai hak untuk bersuara secara rasmi mengenai siapa patut menerajui gergasi cip Nvidia yang menjadi teras kepada revolusi AI itu, namun campur tangan luar biasanya menyerlahkan hubungan rapat beliau dengan Huang dan Cook.

Sepanjang penggal kedua pentadbirannya, Trump melayan Huang  sebagai penasihat rapat, malah membawa beliau menyertai penerbangan Air Force One bagi lawatan rasmi ke China pada Mei lalu.

Selepas dakwaan muncul mengenai hubungan Huang dengan usahawan  China,  Alice Huang, Trump pada  minggu ini mempertahankan bos Nvidia itu dan berkata, beliau tidak tahu bahawa Alice Huang didakwa mengintip untuk Beijing. – AFP

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN