Najib.

Najib hadir ke Mahkamah Tinggi dengar permohonan AGC isu perintah pelepasan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak tiba di Mahkamah Tinggi di sini sebentar tadi.

Bekas Ahli Parlimen Pekan tiba kira-kira pukul 3 petang yang mana beliau hadir bagi mendengar prosiding Jabatan Peguam Negara (AGC) berhubung permohonan mengkaji semula perintah pelepasan.

Terdahulu AGC pagi tadi telah memfailkan permohonan di Mahkamah Tinggi di sini hari ini bagi mengkaji semula perintah pelepasan membabitkan Najib.

Perkara itu disahkan Peguam Negara, Tan Sri Mohd. Dusuki Mokhtar selepas dihubungi media hari ini.

Menurut Mohd. Dusuki permohonan itu difailkan
berdasarkan perintah yang dikeluarkan mahkamhah pada 6 November lalu.

“Permohonan itu bertujuan mendapatkan satu perintah pelepasan baharu, selaras dengan perintah pengampunan bersyarat yang diperkenankan Yang di-Pertuan Agong pada 18 September lalu,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN