Mohd. Zain atau Jen Endoro.

Tukang karut, penyanyi dikir barat Jen Endoro meninggal dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KOTA BHARU – Tukang karut dan penyanyi dikir barat tersohor, Mohd Zain Ismail atau dikenali ‘Jen Endoro’ meninggal dunia di Hospital Pakar Universiti Sains Malaysia (HPUSM)
Kubang Kerian hari ini.

Mohd. Zain, 65, disahkan meninggal dunia pada pukul 6.02 pagi selepas terlantar empat tahun akibat strok dan jangkitan kuman pada paru-paru.

Anaknya, Mohammad Faris, 20, berkata, bapanya telah menerima rawatan di hospital berkenaan sejak enam hari lalu selepas mengalami muntah-muntah.

“Bapa tenat sejak petang semalam. Doktor mengesahkan bapa meninggal akibat strok dan jangkitan kuman pada paru-paru,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini, hari ini.

Mohammad Faris berkata, jenazah akan disolatkan di Masjid Kota Jembal di sini dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Tok Guru, Kampung Pulau Melaka selepas solat zuhur.

Arwah merupakan penyanyi dikir barat sejak tahun 1970-an yang terkenal dengan lagu Mariani, Bakpo Tok Royak Demo Bini Ore, Masliza, Anak Siapa Hok Lalu Tadi dan Jangan Ceroboh Hutan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN