Gambar koleksi buku nota yang dipenuhi keratan akhbar lama hasil usaha bapa mentua untuk berkongsi ilmu pengetahuan dengan anak-anaknya dikongsi @ftrhmuzan di Threads.

Ensiklopedia mini abah, ‘simpan’ artikel menarik 30 tahun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Sebuah buku nota yang dipenuhi keratan akhbar lama hasil usaha seorang bapa mendidik anak-anaknya mengundang perhatian ramai apabila masih tersimpan rapi, meskipun sudah berusia kira-kira 30 tahun.

Menerusi perkongsian pengguna Threads, @ftrhmuzan, bapa mentuanya mempunyai cara tersendiri untuk berkongsi ilmu pengetahuan bersama anak-anaknya dengan menggunting artikel penting dan menarik di surat khabar sebelum menampalnya ke dalam buku nota.

Menurutnya, koleksi berkenaan secara tidak langsung menjadi seperti ensiklopedia mini yang menghimpunkan pelbagai maklumat untuk bacaan dan rujukan.

Katanya, buku tersebut sebenarnya milik bapa mentuanya yang berasal dari Kluang, Johor dan masih disimpan sehingga hari ini.

Perkongsian itu turut menarik perhatian pengguna media sosial yang mengakui pernah melakukan perkara sama ketika zaman persekolahan.

Seorang pengguna @fairushafiz berkongsi buku pengakap milik arwah bapanya yang dihasilkan pada 1979 dan masih disimpan sehingga kini.

“Ni pula buku pengakap arwah abah saya dari 1979, 47 tahun lepas. Banyak benda yang saya belajar daripada buku ini sampai sekarang masih ada dalam simpanan. Ilmu yang tidak akan padam dalam sebuah buku penuh kenangan,” katanya.

Seorang lagi pengguna @couldthisbe_e turut berkongsi koleksi buku ibunya yang mengandungi pelbagai keratan akhbar berkaitan resipi dan fakta menarik.

“Mak kita pun buat juga. Resipi, fakta macam-macam daripada surat khabar dulu semua dia gunting dan tampal dalam buku juga. Best betul masa itu, asyik baca sahaja,” ujarnya.

“Saya pun suka dulu potong macam ini, lekat-lekat dekat buku masa zaman sekolah. Dulu abah suka beli surat khabar. Rasanya sudah hilang atau kena bakar,” komen norena1229 pula. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN