CHERKI meledak gol sagu hati buat City ketika mereka tewas kali ketiga berturut-turut dalam saingan EPL menentang Forest awal pagi semalam. - AFP

EPL: City hilang prestasi awal musim

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

LONDON – Kualiti yang ditunjukkan Manchester City pada awal musim seakan menghilang apabila kini berdepan krisis prestasi selepas merekodkan kekalahan ketiga berturut-turut dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL).

Selepas kalah kepada Aston Villa dan Brighton, The Citizens tewas sekali lagi dan kali ini dikejutkan oleh Nottingham Forest 1-3, awal pagi semalam sekali gus memberi kesan besar kepada usaha pasukan mencabar kejuaraan musim ini.

Pengurus pasukan, Enzo Maresca mendedahkan kelemahan ketara dari segi intensiti, keinginan, kemampuan memenangi perebutan bola dan lebih membimbangkan, beliau mengakui para pemainnya gagal menandingi semangat juang Forest

Maresca berkata, kegagalan memenangi perebutan bola dan mendapatkan bola kedua menjadi antara faktor utama yang menyebabkan City terus berdepan kesukaran, terutama ketika menentang pasukan yang memiliki intensiti tinggi.

“Pada saya, masalah hari ini adalah bukan disebabkan seorang pemain sahaja. Pada separuh masa pertama, kami kalah dalam semua perebutan bola dan pertembungan fizikal.

“Menentang pasukan seperti ini yang sedang berjuang mengelak penyingkiran, jika anda tidak mampu menyamai intensiti mereka, anda akan menghadapi masalah. Anda memerlukan keinginan dan intensiti untuk memenangi perebutan bola,” katanya.

Pada aksi kali ini, Liam Delap kembali menyerlahkan kualiti sebenarnya apabila menyumbangkan dua gol buat Nottingham Forest diikuti satu daripada Jair Cunha, manakala jaringan tunggal City terhasil menerusi Rayan Cherki.

“Kami kena gunakan tempoh rehat antarabangsa untuk jadi lebih baik. Kini kami perlu buat penambahbaikan bagi mengelak situasi seperti ini terus berlaku,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN