Gambar hiasan.

Ribut petir landa 10 negeri termasuk KL, Putrajaya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Beberapa kawasan di 10 negeri termasuk Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya dijangka mengalami ribut petir, hujan lebat serta angin kencang sehingga pukul 5 petang ini.

Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) dalam kenyataan memaklumkan, amaran itu melibatkan Perak, Terengganu, Pahang, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Sarawak dan Sabah.

Di Perak, kawasan terlibat ialah Kinta, Kampar, Hilir Perak, Bagan Datuk, Batang Padang dan Muallim, manakala di Terengganu membabitkan Kemaman serta Dungun.

Di Pahang, amaran melibatkan Jerantut, Rompin, Bera, Bentong, Raub, Cameron Highlands, Pekan, Kuantan dan Lipis.

Sementara itu, amaran di Sarawak melibatkan Kuching, Dalat, Matu, Pantu, Serian, Sibu, Limbang, Marudi, Bario, Asajaya dan Samarahan.

Di Sabah pula, kawasan terlibat ialah Lahad Datu, Kalabakan, Tawau, Sandakan, Membakut, Pensiangan, Sook, Keningau, Tambunan, Pantai Barat, Kota Marudu dan Pitas.

Menurut MetMalaysia, amaran ribut petir dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan hujan dengan intensiti melebihi 20 milimeter sejam atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Amaran berkenaan merupakan amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam bagi setiap keluaran. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN