King Sing.

Persepsi keselamatan negara pengaruhi keyakinan pelancong asing

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SIBU – Persepsi masyarakat antarabangsa terhadap keselamatan negara perlu diberi perhatian kerana ia mempengaruhi keyakinan pelancong asing untuk berkunjung ke Malaysia.

Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Seri Tiong King Sing berkata, perpaduan rakyat penting dalam membina imej positif negara, justeru semua pihak harus memberi tumpuan ke arah itu.

“Perhatian harus ditumpukan kepada usaha memperkukuh ekonomi, menangani kemiskinan dan meningkatkan kesejahteraan rakyat.

“Publisiti tidak boleh menyelesaikan masalah. Kita mesti mencari jalan menyelesaikan masalah rakyat,” katanya ketika berucap pada Majlis Malam Warisan Samudera Gala Amal Veteran 2026 di sini malam tadi.

Majlis itu dianjurkan Persatuan Veteran Tentera Laut Diraja Malaysia (PVTLDM) Cawangan Sarawak.

Pada majlis itu, Tiong mengumumkan sumbangan RM20,000 kepada persatuan berkenaan bagi menyokong usaha menjaga kebajikan veteran. – BERNAMA

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN