BEGINILAH keadaan banjir kilat yang melanda sekitar kawasan Seksyen 13, Shah Alam selepas hujan lebat barui-baru ini.

‘MBSA tolong kami, sudah tidak sanggup hadapi banjir’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

Saudara Pengarang,

Kami penduduk di sekitar Seksyen 13, Shah Alam berharap pihak berkuasa dapat memberi perhatian serius terhadap masalah banjir kilat yang sering berlaku di kawasan kediaman kami.

Setiap kali hujan lebat, kami mula berasa bimbang dan risau sekiranya rumah sekali lagi dinaiki air.

Keadaan ini bukan sahaja menyebabkan kerugian harta benda, malah turut meninggalkan kesan trauma kepada penduduk.

Kejadian banjir sebelum ini turut menyebabkan beberapa buah kenderaan terjejas, malah ada kereta yang mengalami kerosakan sehingga terpaksa ditunda.

Kami sudah penat berdepan situasi sama setiap kali hujan kerana masalah ini seolah-olah berlarutan sejak sekian lama dan sukar untuk diselesaikan.

Sehubungan itu, kami berharap Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) segera merangka pelan penyelesaian jangka panjang bagi mengatasi masalah banjir di kawasan ini.

Jangan biarkan penduduk terus hidup dalam kebimbangan setiap kali hujan turun. Kami mahukan penyelesaian konkrit, bukan sekadar tindakan sementara selepas banjir berlaku.

Warga prihatin
Shah Alam, Selangor

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN