Suasana di kediaman Najib di Jalan Langgak Duta, Kuala Lumpur semalam. Foto oleh ISKANDAR ISHAK / KOSMO!

Peguam Najib gesa anak guam dipindah ke kediaman di Langgak Duta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Pasukan pembelaan Datuk Seri Najib Tun Razak menggesa Komisioner Jeneral Penjara memindahkan bekas Perdana Menteri itu ke kediamannya di Langgak Duta, Kuala Lumpur untuk menjalani baki hukuman penjara secara tahanan di rumah.

Peguam dari firma Tetuan Shafee & Co itu berkata, ia selari dengan titah Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim menerusi perintah pengampunan bersyarat ke atas bekas Perdana Menteri keenam itu.

Pihak tersebut antara lainnya menggesa Jabatan Peguam Negara (AGC) menarik balik ‘penangguhan sementara’ bagi pelaksanaan perintah berkenaan secara serta-merta.

“Perintah Yang di-Pertuan Agong mesti dilaksanakan hari ini. Pendirian anak guam kami mengenai kesan undang-undang perintah pengampunan secara keseluruhannya serta hukuman dan hak beliau kekal terpelihara.

“Sehingga kenyataan disiarkan, anak guam kami masih berada di Penjara Kajang dan titah Yang di-Pertuan Agong belum dilaksanakan.

“Baginda juga bertitah sebarang hujah mempertikaikan perintah pengampunan menjurus ke arah mengingkari perintah baginda. Kenyataan AGC tengah hari tadi, perlu dibaca sebagai keingkaran nyata terhadap Agong,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Terdahulu, Istana Negara bertitah, sebarang hujah mempertikaikan perintah pengampunan bersyarat terhadap Najib disifatkan menjurus kepada tindakan mengingkari perintah Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim.

Dalam pada itu, ketika mengulas titah Sultan Iskandar, pasukan pembelaan Najib menegaskan, ia menjawab setiap persoalan dibangkitkan AGC, selain menegaskan perintah mahkamah tidak boleh mengubah titah Yang di-Pertuan Agong.

“AGC bersandar kepada Perintah Pelepasan atas Pembayaran Denda dikeluarkan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur semalam, yang perlu dibaca secara keseluruhan, bermula daripada tajuknya.

“Ia adalah perintah susulan pembayaran denda dan pelepasan dibenarkannya terbit daripada pembayaran berkenaan, seperti tercatat dalam resital: “dan bahawasanya denda berkenaan… kini sudah dibayar.”

“Di sisi undang-undang, pembayaran denda melepaskan liabiliti untuk membayar denda dan proses berkenaan dengan sendiri, tidak boleh menamatkan hukuman pemenjaraan.

“Perintah sama turut merekodkan anak guam kami hendaklah menjalani hukuman secara tahanan di rumah selaras perintah pengampunan, seperti diakui AGC semalam,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN