fbpx

Empat ditahan bantu siasatan kes bunuh di Teluk Intan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

 

TELUK INTAN – Polis menahan empat individu termasuk dua lelaki warga asing bagi membantu siasatan kes pembunuhan seorang lelaki di Taman Banjar Jaya, di sini, Selasa lalu.

Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Chua Kok Lian berkata, tangkapan terbaharu membabitkan seorang lelaki tempatan yang ditahan semalam, manakala permohonan reman terhadap suspek itu dijangka dibuat pagi ini.

Tiga lagi suspek yang ditahan pada awal pagi 4 November lalu terdiri seorang wanita tempatan dan dua lelaki warga asing.

“Suspek pertama seorang wanita tempatan serta dua lelaki warga asing direman bermula 4 hingga 11 November ini.

“Seorang lagi suspek lelaki tempatan ditahan semalam dan permohonan reman akan dibuat pagi ini,” katanya

Suspek lelaki yang ditahan berusia lingkungan 30 hingga 40-an.

Dalam kejadian jam 3.53 petang pada 3 November lalu, seorang lelaki dipercayai ditetak menggunakan senjata tajam di sebuah kedai di sekitar Teluk Intan.

Mangsa yang cedera parah dikejarkan ke Hospital Teluk Intan untuk rawatan, namun disahkan meninggal dunia.

Siasatan awal mendapati mangsa diserang tiga lelaki menggunakan parang dan motif kejadian masih dalam siasatan. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN