fbpx
KHIDMAT untuk menggunakan pengusung disediakan untuk pendakian Gunung Merbabu. - AGENSI

Khidmat usung pendaki turun Gunung Merbabu RM3,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JAKARTA – Kos perkhidmatan pengusungan kecemasan mencecah Rp14 juta (RM3,000) bagi seorang pendaki di Gunung Merbabu, Jawa Tengah, mencetuskan perdebatan hangat dalam kalangan netizen, lapor saluran berita Radar Kediri.

Isu tersebut mula tular selepas video yang dimuat naik oleh akaun Instagram @porter.akamsi.prau dan @agilap22 memaparkan khidmat membawa turun pendaki menggunakan pengusung menerusi laluan Gancik dalam satu pakej pendakian peribadi.

Jumlah bayaran itu serta-merta menarik perhatian ramai apabila ia dilaporkan hanya melibatkan perkhidmatan mengangkat semata-mata, tidak termasuk bekalan logistik serta keperluan sampingan lain sepanjang operasi memindahkan mangsa.

Rata-rata pengguna media sosial meluahkan rasa terkejut dengan kadar bayaran yang disifatkan luar biasa tinggi. 

Namun, segelintir pihak mempertahankan caj berkenaan memandangkan tugas malim gunung  membawa beban manusia merentasi muka bumi pergunungan yang curam dan berbahaya menuntut kekuatan fizikal serta risiko keselamatan yang tinggi.

Setakat ini, pecahan kos terperinci termasuk jumlah kru terlibat dan skop perkhidmatan sebenar masih belum dijelaskan sepenuhnya oleh pihak penganjur.

Insiden tersebut membuka mata para penggemar aktiviti rekreasi luar di rantau ini mengenai kepentingan persediaan rapi merangkumi aspek ketahanan fizikal, peralatan yang sesuai, serta peruntukan kos luar jangka bagi tujuan kecemasan sebelum menawan mana-mana puncak gunung. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN