fbpx
PENDAYUNG mendayung perahu melintasi Istana Besar di Sungai Chao Phraya, Bangkok pada 28 Oktober lalu. – AFP

Thailand haramkan buku teks kerana keselamatan negara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BANGKOK – Pihak berkuasa  mengharamkan sebuah buku teks mengenai Thailand atas alasan keselamatan negara, dengan penyuntingnya yang hidup dalam buangan berkata hari ini  bahawa buku itu dilarang kerana kandungannya menyentuh keluarga diraja Thai.

Keluarga  diraja memegang status yang sangat tinggi dalam masyarakat Thai dan dilindungi daripada kritikan oleh undang-undang fitnah (lese-majeste) yang ketat.

Buku berjudul Routledge Handbook of Contemporary Thailand edisi kedua yang diterbitkan dalam bahasa Inggeris  Ogos lalu itu  disunting oleh Pavin Chachavalpongpun. Beliau ialah  seorang akademik terkemuka dan pengkritik monarki Thai yang menetap di Jepun.

Buku itu menyentuh mengenai monarki Thailand pada abad ke-21 dan penggunaan undang-undang lese-majeste oleh kerajaan.

Perintah yang ditandatangani Ketua Polis Thailand, Samran Nualma dan dikeluarkan semalam menyatakan bahawa  buku itu mengandungi artikel yang ‘menjejaskan keselamatan negara dan boleh menyebabkan keresahan dalam negara’.

“Kandungannya juga menjejaskan keselamatan kerajaan, ketenteraman awam atau moral rakyat,” demikian menurut  perintah itu.

Polis diberi  kuasa untuk merampas dan memusnahkan buku tersebut, tambahnya.

Sesiapa yang didapati bersalah mengimport atau mengedarkan buku itu berdepan hukuman penjara sehingga tiga tahun, denda maksimum 60,000 baht (RM7,266)  atau kedua-duanya sekali.

Dalam satu kenyataan di laman Facebook hari ini  Pavin berkata,  buku itu diharamkan ‘kerana ia padat dengan maklumat mengenai institusi beraja’.

Dalam hantaran berasingan pula, beliau mengucapkan terima kasih kepada Polis Diraja Thailand kerana ‘membantu mempromosikan buku tersebut’.

“Dalam era media sosial dan internet, larangan seperti ini tidak berkesan. Orang ramai mungkin mengabaikan salinan cetak dan mendapatkan buku elektroni (e-buku),” katanya – AFP

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN