fbpx
Pengerusi TNB, Tan Sri Abdul Razak Abdul Majid (tengah) menerima anugerah disampaikan oleh Pengerusi World Branding Forum, Richard Rowles (kanan). Turut hadir pada majlis tersebut Ketua Komunikasi Korporat Kumpulan TNB, Samsul Ariffin Zainuddin (kiri).

TNB diiktiraf jenama terbaik tahun ini di World Branding Awards 2026-2027

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan tahniah kepada Tenaga Nasional Bhd. (TNB) atas kejayaan meraih pengiktirafan Jenama Terbaik 2026–2027 bagi kategori Tenaga-Kuasa (Peringkat Nasional) pada World Branding Awards.

Menerusi hantaran di laman X, beliau berkata, sepanjang 77 tahun penubuhannya, TNB memainkan peranan penting dalam membekalkan tenaga elektrik, menyokong pertumbuhan ekonomi serta memacu pembangunan negara.

“Pengiktirafan ini mencerminkan keyakinan rakyat terhadap sumbangan TNB kepada kemajuan negara, selain mengharumkan nama Malaysia di persada antarabangsa,” katanya.

Anwar turut berharap kejayaan itu menjadi pemangkin kepada TNB untuk terus meningkatkan mutu perkhidmatan, memperkukuh infrastruktur tenaga serta memperluas penggunaan tenaga boleh baharu demi memastikan masa depan Malaysia yang mampan. – BERNAMA

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN