fbpx
Tangkap layar kenyataan Hyrox Malaysia di media sosial hari ini.

Carlsberg ‘tarik diri’ taja Hyrox Kuala Lumpur 2026

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Penganjuran acara Hyrox Kuala Lumpur 2026 yang mencetuskan kontroversi susulan penajaan syarikat minuman beralkohol berakhir selepas penganjur memutuskan untuk tidak meneruskan kerjasama bagi edisi di Malaysia.

Perkara itu diumumkan Hyrox Malaysia selepas ia mencetuskan kebimbangan dan bantahan setelah syarikat minuman beralkohol tersebut diperkenalkan sebagai rakan rasmi serantau acara terbabit.

Penganjur turut mengakui kesilapan tersebut kerana tidak mengambil kira sensitiviti masyarakat, khususnya berkaitan kepercayaan agama dan nilai budaya di Malaysia.

“Kami memahami mengapa perkara ini menimbulkan kebimbangan dan rasa tersinggung. Kami sepatutnya memberikan pertimbangan lebih mendalam terhadap kepercayaan agama dan nilai budaya masyarakat Malaysia.

“Kami melakukan kesilapan dan bertanggungjawab sepenuhnya terhadap perkara itu,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Sebelum ini, Kementerian Belia dan Sukan menegaskan tidak akan meluluskan penganjuran Hyrox Kuala Lumpur 2026 selagi tajaan syarikat minuman beralkohol tidak ditarik balik sepenuhnya, termasuk pengeluaran semua logo, cap dagangan dan bahan promosi daripada saluran rasmi acara serta lokasi pertandingan.

Dalam pada itu, jenama minuman keras Carlsberg menjelaskan, pihaknya hanya berkerjasama dalam acara Hyrox di Singapura, Hong Kong, Taiwan dan Vietnam.

Acara di Malaysia yang dijadualkan pada 10 hingga 13 Disember ini tidak terlibat melibatkan penajaan syarikat tersebut.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN