fbpx
Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki

Asyraf Wajdi jawab dakwaan Najib bayar denda RM50 juta hari ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki memaklumkan dakwaan Datuk Seri Najib Tun Razak bersedia membayar denda RM50 juta bagi membolehkannya menjalani baki hukuman penjara di bawah tahanan rumah adalah tidak benar.

“Tidak benar,” katanya ketika diminta mengulas perkembangan berkenaan.

Terdahulu, media melaporkan bekas Perdana Menteri itu dijangka membayar denda RM50 juta dikenakan terhadapnya bagi membolehkannya menjalani baki hukuman penjara di bawah tahanan rumah.

Memetik sumber, denda itu akan dibayar oleh wakil Najib di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur.

Pada 18 September lalu, bekas Ahli Parlimen Pekan itu menerima pengampunan bersyarat daripada Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim yang membolehkannya menjalani baki hukuman di bawah tahanan rumah sehingga 23 Ogos 2028.

Najib, 73, dijatuhi hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta selepas didapati bersalah oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 28 Julai 2020 atas tujuh pertuduhan penyelewengan dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd.

Pada 29 Januari 2024, Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan dalam mesyuarat ke-61 memutuskan untuk mengurangkan hukuman penjara daripada 12 tahun kepada enam tahun, manakala denda daripada RM210 juta kepada RM50 juta.

Keputusan itu menyaksikan tarikh pembebasan Najib dipercepatkan kepada 23 Ogos 2028 berbanding 23 Ogos 2034.

Bagaimanapun, jika gagal membayar denda RM50 juta ditetapkan, beliau perlu menjalani tambahan setahun penjara.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN