fbpx
TANGKAP layar menunjukkan seorang remaja dibantu untuk melahirkan anak di kedai minyak wangi. - AGENSI

Hospital tidak terima pesakit, remaja lahir anak di kedai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JAKARTA – Seorang remaja perempuan terpaksa melahirkan anak secara kecemasan di atas lantai sebuah kedai minyak wangi di Kota Batu, wilayah Jawa Timur, lapor saluran berita Radar Kaltim.

Insiden cemas tersebut dilaporkan berlaku baru-baru ini selepas pihak pengurusan sebuah hospital berhampiran didakwa enggan menerima dan merawat mangsa atas faktor had umur pesakit.

Menyedari situasi kritikal yang boleh membahayakan nyawa si ibu dan kandungannya, beberapa individu di lokasi kejadian segera mengambil tindakan pantas membantu proses kelahiran di dalam premis perniagaan berkenaan.

Mujurlah, proses bersalin itu dilaporkan berlangsung dengan pantas serta lancar tanpa sebarang komplikasi serius, sekali gus menyelamatkan ibu dan bayi tersebut. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN