fbpx

Inysa-Allah kalau Allah izinkan – MB Negeri Sembilan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SEREMBAN – Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Ismail Lasim yakin Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dijadualkan pada 26 November depan berlangsung seperti dirancang.

“Insya-Allah kalau Allah izinkan,” jawabnya ringkas pada Majlis Perasmian Majlis Kick Off Pembangunan Sistem e-Tanah Negeri Sembilan di sini hari ini.

Ismail bagaimanapun enggan mengulas lanjut sama ada beliau telah mendapatkan perkenan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan untuk meneruskan persidangan itu.

Setakat ini, Kerajaan Negeri kekal dengan rancangan asal untuk mengadakan Persidangan DUN pada 26 November depan disusuli dengan pembentangan Belanjawan Negeri Sembilan 2027 pada 27 November 2026.

Beliau turut mengelak soalan pihak media berkaitan khabar angin yang mendakwa krisis pentadbiran di Negeri Sembilan akan berakhir pada penghujung tahun ini.

Difahamkan, sehingga kini Kerajaan Negeri belum memperoleh perkenan daripada Tuanku Muhriz Tuanku Munawir untuk mengadakan Sidang DUN selepas tindakan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri yang bersetuju bahawa proklamasi penurunan takhta Tuanku Muhriz bertarikh 19 April 2026 adalah sah dan berkuat kuasa.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN