fbpx
VAN DIJK mengakui barisangan serangan pasukannya perlu lebih peka dan tajam menyudahkan peluang untuk mendapatkan kemenangan. - AFP

UCL: Serangan tumpul masalah Liverpool

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

LIVERPOOL – Kekalahan kepada Arsenal kelmarin masih mengganggu fikiran kapten Liverpool, Virgil Van Dijk menjelang aksi Liga Juara-Juara (UCL) menentang Fenerbahce di Stadium Sukru Saracoglu awal pagi esok.

Ketumpulan jentera serangan sekali lagi dianggap menjadi punca The Reds terpaksa menanggung kekalahan, namun mereka berpeluang untuk menebus kekalahan itu ketika melayan kunjungan Fenerbahce.

Van Dijk berkata, dia masih kecewa dengan keputusan tersebut, lebih-lebih lagi mereka bermain di laman sendiri selain turut mencipta deretan peluang bagi merobek pintu gol The Gunners.

“Memang masih kecewa dengan kekalahan sebelum ini kerana kami bermain di laman sendiri. Selain itu, kami juga mencipta beberapa peluang terbaik, tetapi ia gagal dimanfaatkan oleh jentera serangan.

“Saya harap kami boleh memperbaiki ketumpulan jentera serangan kerana kami mampu untuk masuk ke kawasan lawan dan menguji pintu gol mereka. Saya harap ia boleh diperbaiki selepas ini,” katanya.

Pada masa sama, pemain Belanda itu percaya dia dan rakan sepasukan sudah semakin menyesuaikan diri dengan corak permainan diterapkan pengurus, Andoni Iraola, namun masih memerlukan sedikit masa.

“Apabila ada orang baharu yang datang, ia memang memerlukan masa. Apa yang paling penting adalah kami perlu terus bermain sebagai satu pasukan dan menghadapi situasi ini bersama,” ujar Van Dijk. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN