fbpx
Tangkap layar rakaman CCTV yang memaparkan tindakan individu memanjat kereta untuk mengambil buah daripada pokok di hadapan rumah orang lain dikongsi oleh @Najihasha di Threads.

‘Kalau minta orang bagi la, tak perlu curi’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Tindakan individu yang didakwa memanjat sebuah kereta bagi mengambil buah daripada pokok di hadapan rumah orang lain mengundang perhatian pengguna media sosial.

Menerusi perkongsian di Threads oleh @Najihasha, individu berkenaan didakwa meletakkan kenderaan di kawasan rumah orang sebelum memanjat kereta untuk mendapatkan buah yang diinginkan.

Perkongsian itu mencetuskan pelbagai reaksi netizen yang menyifatkan tindakan tersebut sebagai tidak beradab, selain menegaskan kepentingan meminta izin terlebih dahulu sebelum mengambil sesuatu yang bukan milik sendiri.

“Malu nya lahai. Ada keturunan perangai macam ni. Kalau minta, orang bagi je. Wei, tak payahlah sampai mencuri panjat kereta pula tu,” komen mohd.alhafiz.

Seorang lagi netizen turut mengingatkan bahawa perbuatan mengambil buah daripada pokok milik orang lain perlu mendapat keizinan terlebih dahulu.

“Nak ambil buah kat pokok orang kena minta izin dulu dik oii, bukan boleh main ambil macam tu. Haram hukumnya,” tulisnya.

Sementara itu, seorang pengguna media sosial berkata, pemilik rumah lazimnya tidak keberatan untuk berkongsi hasil tanaman sekiranya permintaan dibuat dengan cara yang baik.

“Sebenarnya kalau diminta cara elok, kita ni tak kisah pun. Nak ambil seplastik (satu beg plastik) pun tak ada hal. Yang menyakitkan hati sebab adab tu tak ada, dah la tak minta izin, kemudian tanpa rasa bersalah duduk huhahuha begitu depan rumah orang,” komen lissilmi_ pula.

Perkongsian tersebut turut menjadi peringatan kepada orang ramai supaya menghormati hak milik orang lain dan mengamalkan sikap meminta izin sebelum melakukan sesuatu, meskipun hanya untuk mengambil buah. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN