fbpx
Tangkap layar rakaman video dashcam milik @Gjieeee memaparkan pemandu bas berkenaan memintas sebuah kereta di lorong kanan di Lebuh Raya Persekutuan, pagi tadi.

Pemandu bas buat ‘aksi’ bahaya, pintas dan langgar Suzuki Jimny

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Tindakan seorang pemandu bas memintas sebuah Suzuki Jimny di lorong kanan sebelum melanggar kereta itu di Lebuh Raya Persekutuan menghala Klang, pagi ini mengundang perhatian orang ramai.

Kejadian yang dipercayai berlaku kira-kira pukul 7.20 pagi itu dirakam menerusi rakaman kamera papan pemuka (dashcam) milik pengguna lebuh raya berkenaan.

Berdasarkan rakaman dikongsikan oleh @Gjieeee itu, bas berkenaan dilihat memintas laju Suzuki Jimny terbabit di lorong kanan sebelum melanggar kereta tersebut.

Pemilik video turut meluahkan kebimbangan terhadap tindakan pemandu bas berkenaan yang didakwa boleh membahayakan pengguna jalan raya lain.

“Pagi ni 7.20 pagi macam tu. Lokasi Lebuh Raya Persekutuan, Shah Alam – Klang. Bas tu pergi langgar Jimny tu, weh! Tak tahu apa masalah. Takut la membahayakan pemandu-pemandu lain juga,” katanya.

Hantaran berkanaan meraih perhatian pengguna media sosial yang rata-rata meluahkan kebimbangan terhadap tindakan pemandu bas berkenaan, malah ada yang menggesa supaya insiden itu dilaporkan kepada pihak berkuasa.

“Boleh ya tukar lorong macam tu?” soal @Azmanxofficial.

“Apa hal tu? Kalau terpalit dengan orang lain juga macam mana? Lagi-lagi penunggang motosikal. Tak puas hati, selesai tepi la,” ujar @Xshrff.

“Memang sengaja. Lapor JPJ dan polis, mendapat la,” cadang @Muhammad_hafizi_abdul_karim. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN