fbpx
HAVERTZ muncul wira Arsenal apabila meledak gol tunggal perlawanan ketika menewaskan Liverpool di Anfield awal pagi semalam. - AFP

EPL: Arsenal lebur badi Anfield

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

LIVERPOOL – Penantian selama 14 tahun Arsenal untuk meraih kemenangan di Anfield berakhir selepas mereka mencatat kemenangan tipis 1-0 pada aksi Liga Perdana Inggeris awal pagi semalam.

Bagi pengendali The Gunners, Mikel Arteta ia merupakan detik yang cukup istimewa selepas kali terakhir pasukan itu mencatat kemenangan ketika beliau menjadi pemain pada September 2014.

Arteta menyifatkan kejayaan itu sebagai sesuatu yang amat membanggakan buat seluruh warga kelab, lebih-lebih lagi selepas mereka tersingkir daripada saingan Piala Liga Inggeris (EFL) akibat kekalahan kepada Fleetwood Town empat hari sebelum pertemuan tersebut.

“Saya amat bangga kerana sudah 14 tahun kami tidak menang di sini dan itu tempoh yang sangat lama, malah saya yakin kemenangan ini membuatkan semua yang berkaitan dengan kelab berasa amat bangga bukan sahaja kerana keputusan, tetapi cara kami mencapainya serta semangat yang ditunjukkan,” katanya.

Menurut pengendali dari Sepanyol itu, kekalahan dalam saingan EFL sebelum ini menjadi dorongan tambahan buat anak buahnya untuk bangkit membuktikan kemampuan, sekali gus menjadikan kemenangan di Anfield lebih bermakna.

Sementara itu, penyerang Arsenal, Kai Havertz mencipta sejarah tersendiri apabila muncul penjaring terbanyak dari Jerman dalam sejarah Liga Perdana Inggeris (EPL) selepas meledak gol kemenangan pada aksi berkenaan.

Jaringan pada minit ke-16 hasil hantaran rendah Declan Rice itu menyaksikan Havertz kini mengumpul 46 gol dalam 172 penampilan EPL sejak berhijrah ke England pada 2020 sekali gus mengatasi rekod 45 gol yang sebelum ini dipegang bekas pemain Manchester City, Ilkay Gundogan.

Kemenangan itu menyaksikan Arsenal mengumpul 24 mata untuk melebarkan jurang tiga mata di puncak liga mengatasi Manchester City, manakala Liverpool kekal di tangga kelima dengan ketinggalan sembilan mata di belakang The Gunners. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN