GEORGE TOWN – Polis Pulau Pinang sedang melengkapkan siasatan berhubung dakwaan seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) di negeri ini yang bertindakmengasari isterinya, Sabtu lalu.
Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Dennis Lim Kwang Keng berkata, siasatan kes berkenaan sedang dilengkapkan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan.
Menurutnya, polis sudah merakam keterangan empat individu termasuk pasangan suami isteri terbabit serta ahli keluarga mereka.
“Kita sedang melengkapkan siasatan ketika ini dan berhubung kecederaan yang dialami mangsa, kita akan mendapatkan pengesahan daripada pakar perubatan,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (PK) Pulau Pinang di sini, hari ini.
Dalam pada itu, Dennis Lim memberitahu, kes berkenaan membabitkan masalah keluarga dan tidak perlu dihebohkan. -KOSMO! ONLINE
















