fbpx
MOHAMMAD Nizar (dua dari kanan) semasa lawatan kerja ke Tapak RTB Sungai dan Persediaan JPS Menghadapi Monsun Timur Laut di Tapak Projek RTB Sungai Bernam di Tanjung Malim hari ini.

RTB Sungai Bernam atasi masalah banjir di Behrang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

TANJUNG MALIM – Projek Rancangan Tebatan Banjir (RTB) Sungai Bernam di sini dijangka dapat mengurangkan kesan bencana banjir di Behrang terutamanya sepanjang Monsun Timur Laut (MTL) ini.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Tenaga, Air dan Pengangkutan Awam Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin, projek bernilai RM7 juta itu dijangka siap sepenuhnya pada Januari 2027.

“Projek bernilai RM7 juta ini meningkatkan tahap perlindungan banjir serta mengurangkan risiko limpahan air sungai yang boleh menjejaskan keselamatan dan kesejahteraan penduduk khususnya kepada lebih 1,000 rakyat Pekan Behrang Stesen.

“Skop utama projek merangkumi tujuh komponen pembinaan iaitu kolam takungan banjir seluas 2.5 hektar dan pembinaan ban tanah sepanjang 773 meter,” katanya kepada pemberita di Tapak Projek RTB Sungai Bernam di sini hari ini.

Terdahulu, beliau dalam mengadakan lawatan kerja ke Tapak RTB Sungai dan Persediaan JPS Menghadapi Monsun Timur Laut. Turut hadir Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Behrang, Salina Samsudin.

Katanya, projek tebatan banjir itu turut melibatkan pemuliharaan Sungai Bandan sepanjang 250 meter, pembinaan parit tanah sepanjang 550 meter, pembinaan longkang berbentuk U sepanjang 400 meter.

Selain itu, pembinaan sebuah pintu katup serta menaiktaraf tiga pintu katup sedia ada dan pembinaan pagar keselamatan sepanjang 700 meter. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN