fbpx
Peter Liew memiliki pelan pengembangan untuk syarikat meneroka pasaran luar negara.

10 Cents Capital mahu teroka pasaran Brazil

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Syarikat pegangan pelaburan, 10 Cents Capital Sdn. Bhd. (10 Cents Capital) mahu menjadikan Brazil sebagai pasaran utama untuk memperluaskan bidang perniagaan kecerdasan buatan (AI) dan dagangan digital rentas sempadan.

Perniagaan baharu yang disokong oleh AI itu akan memfokuskan kepada segmen pemasaran, perluasan pasaran seberang laut dan pemadanan perniagaan ke perniagaan (B2B).

Pengarahnya, Peter Liew berkata, pelan pengembangan itu bertujuan untuk membantu pengeluar tempatan menembusi pasaran luar negara tanpa dibatasi dengan faktor kekangan bahasa dan jarak geografi.

“Secara berperingkat, kami akan membina rangkaian perniagaan global yang menghubungkan modal, pembuatan, kreativiti, saluran dan pengguna, supaya setiap pencipta nilai berpeluang berkongsi hasil perdagangan global,”

“Kami bermula dari Brazil untuk menghubungkan sektor pembuatan Asia dengan pasaran Amerika Latin.

“Menerusi pelaburan dalam pemasaran AI, perdagangan B2B antarabangsa dan saluran jualan tempatan, kami berhasrat membantu pengeluar tempatan memperoleh pesanan berterusan serta membina jaringan perniagaan yang mampan,” katanya dalam satu kenyataan.

Jelas Liew, syarikat juga mahu memastikan pengeluar yang memasuki pasaran Brazil dapat berkomunikasi menggunakan bahasa tempatan, selain dipadankan dengan rakan niaga bersesuaian bagi membolehkan urus niaga bernilai tinggi dimeterai.

Dalam pada itu, peluasan operasi di Brazil akan dilaksanakan menerusi anak syarikatnya, VIVAMOMENTO yang bertanggungjawab mengendalikan penyelidikan pelanggan, penembusan pasaran, penyetempatan serta pengukuhan jaringan perniagaan tempatan.

Usaha itu turut didorong hubungan perdagangan dua hala yang kukuh antara Malaysia dan Brazil apabila nilai dagangan kedua-dua negara mencecah RM20.36 bilion (AS$4.46 bilion) pada 2024, sekali gus menjadikan Brazil rakan dagang kedua terbesar Malaysia di rantau Amerika Latin. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN