fbpx
Tangkap layar surat rasmi yang dikeluarkan oleh JHEINS kepada semua Pengerusi Jawatankuasa Kariah Masjid dan Pengerusi Surau Kebenaran Jumaat pada 26 Oktober lalu.

Jabatan Mufti belum terima laporan rasmi solat zuhur ganti Jumaat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SEREMBAN – Jabatan Mufti Negeri Sembilan belum menerima makluman rasmi berhubung kronologi isu pelaksanaan solat zuhur sebagai ganti solat Jumaat yang berlaku di Jelebu.

Mufti Negeri Sembilan, Prof. Madya Datuk Dr. Mohd. Faudzinaim Badarudin berkata, pihaknya masih belum mendapat sebarang maklumat rasmi berhubung perkara itu daripada Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS).

“Jabatan Mufti belum mendapat makluman rasmi kronologi isu yang berlaku di Jelebu daripada JHEAINS. Oleh itu, jabatan tidak dapat memberikan apa-apa ulasan setakat ini,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini, hari ini.

Kosmo! Online, 30 Oktober lalu melaporkan kira-kira 250 jemaah di sebuah masjid di Masjid Jamek Kuala Klawang, di sini, tidak menunaikan solat Jumaat hari ini, sebaliknya menunaikan solat zuhur susulan peletakan jawatan imam yang ‘keberatan’ membaca nama Undang Luak Jelebu yang baharu dalam khutbah Jumaat.

Sumber yang hanya ingin dikenali sebagai Omar, 50-an berkata, imam berkenaan mengambil keputusan meletakkan jawatan pada Selasa lalu selepas menerima arahan daripada JHEAINS supaya memasukkan nama Undang Luak Jelebu yang baharu dalam khutbah. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN