fbpx
POLIS anti rusuhan mengawal satu demonstrasi di Berlin semalam. - AFP

Demonstrasi Gen Z di Jerman bertukar ganas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BERLIN – Tindakan perusuh bertopeng menjarah deretan kedai di bandar Frankfurt  mencetuskan huru-hara kelmarin selepas siri demonstrasi besar-besaran belia di seluruh Jerman bertukar menjadi keganasan jalanan, memaksa pihak berkuasa melepaskan semburan meriam air.

Keganasan  turut tercetus di beberapa bandar utama lain termasuk Berlin, Cologne, dan Hamburg itu menyebabkan beberapa anggota polis cedera apabila diserang dengan lontaran bom Molotov, batu, serta bunga api.

Perhimpunan anjuran kumpulan ‘GenZ regelt!’ (Gen Z Boleh Uruskan!) itu pada asalnya disertai puluhan ribu anak muda bagi menuntut golongan elit politik memberi perhatian serius terhadap nasib generasi baharu, terinspirasi daripada gerakan serupa di Perancis dan Itali.

Tuntutan gerakan belia ini berpunca daripada tekanan kos sara hidup, keadaan fasiliti sekolah yang terabai, pemotongan bajet awam, serta kenaikan ketara perbelanjaan ketenteraan yang dikhuatiri membawa kepada pelaksanaan semula kerahan tenaga wajib.

Pihak penganjur menganggarkan kira-kira 120,000 individu menyertai himpunan di seluruh negara dan menegaskan bahawa gerakan mereka menolak sebarang bentuk ekstremisme, perkauman, mahupun keganasan.

Suasana damai dan meriah pada sebelah siang bagaimanapun bertukar tegang menjelang lewat petang selepas sebahagian penunjuk perasaan enggan bersurai, sebelum rusuhan memuncak di pusat kewangan Frankfurt.

Menurut kenyataan polis Frankfurt, tingkap di beberapa buah premis telah dipecahkan dan anggota penyelamat disasarkan dengan bom petrol. 

Antara premis yang dijarah termasuk sebuah kedai senjata api, di mana polis bertindak menahan seorang suspek bersama rampasan dua laras senjata. 

Kedai kasut sukan dan wangian turut dilaporkan rosak diserbu perusuh. – AFP

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN