fbpx
MESKI masih kecil, Jebat menegaskan perayaan Halloween tidka sepatutnya disambut individu beragama Islam.

Saya tak sambut Halloween sebab saya Islam – Jayden

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Kecil-kecil cili api. Itu barangkali selayaknya dilontarkan kepada anak kepada pelakon Sharnaaz Ahmad dan personaliti popular, Noor Nabila yang tahu batas agama tidak menyambut Halloween.Celoteh si kecil di TikTok yang memahami batas agama Islam berhubung sambutan atau perayaan popular itu mencuri perhatian netizen.

Menerusi hantaran di platform media sosial itu, Nabila dilihat bertanyakan kepada anak lelakinya itu mengenai sambutan Halloween.

Menjawab pertanyaan ibunya, Jayden menjelaskan bahawa sebagai seorang Islam, dia tidak boleh menyambut perayaan yang dikaitkan dengan agama lain kerana memahami perbuatan tersebut boleh mendatangkan dosa.

“Saya tak boleh sambut Halloween sebab saya Islam.

“Kalau Hari Raya dan puasa boleh. Tapi kalau agama yang sambut Christmas, Halloween atau lain-lain tak boleh. Nanti dapat dosa,” katanya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet memuji Jayden kerana memahami batas agama pada usia muda.

Malah, ada juga yang kagum dengan cara didikan ibu bapanya yang dilihat menitikberatkan pendidikan Islam sejak kecil.

“Dengar itu mummy, ustaz baby dah ceramah. Yang ini bagus, harap sampai ke besar dia pegang benda ini,” demikian antara komen netizen.

Perkongsian tersebut mengundang pelbagai reaksi positif, dengan warganet menyifatkan kefahaman Jayden tentang perkara yang boleh dan tidak boleh dilakukan sebagai sesuatu yang membanggakan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN