fbpx
Tangkap layar klip video yang memaparkan pemandu van sempat berhenti untuk membayar tol meskipun sedang dikejar pihak polis.

[VIDEO] ‘Penjenayah budiman tetap nak bayar tol walaupun dikejar polis’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Aksi pemandu van yang berhenti membayar tol meskipun kenderaan yang dipandunya dikejar pihak berkuasa mengundang pujian pengguna media sosial.

Ini kerana kata pengguna, meskipun sedang melakukan kesalahan, pemandu van tersebut masih menghormati peraturan jalan raya dan berusaha untuk membayar tol.

Menerusi perkongsian di aplikasi Threads, seorang pengguna dikenali sebagai @Nyzamferiy telah berkongsi klip video yang memaparkan aksi pemandu van tersebut.

“Tular rakaman CCTV sebuah van yang dikejar polis sehingga tiba di plaza tol. Sempat pula berhenti untuk membuat bayaran tol sebelum cuba melarikan diri semula.

“Polis turut dilihat cuba membuka pintu van tersebut, namun aksi kejar mengejar kembali bersambung. Walaupun dikejar polis, tol tetap kena bayar,” tulis individu itu.

Berdasarkan klip video yang dikongsi itu, kelihatan pemandu van tersebut tidak sempat membuat pembayaran sebelum kenderaannya diserbu polis.

Pemandu van itu kemudiannya dilhat memecut kenderaannya sebelum melanggar palang tol.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengguna telah meninggalkan pelbagai komen susulan tindakan pemandu van tersebut.

“Sesungguhnya pemandu itu ada usaha nak bayar tol daripada pemandu jenis yang ikut kereta depan rapat-rapat sebab tak nak bayar tol,” tulis @Ka_khairulanwar.

Turut meninggalkan komen adalah seorang lagi pengguna dikenali sebagai @Tamara_dahlia2528.

“Tinggi lagi maruah pemandu van berbanding pemandu ikut rapat nak tol percuma,” katanya.

Terdahulu, Kosmo! semalam melaporkan pengguna media sosial kecoh apabila tular rakaman memaparkan beberapa kereta peronda polis dengan lampu amaran biru menyala di Lebuh Raya Maju Expressway dipercayai terlibat dalam satu kejadian mengejar sebuah van.

Kejadian itu menarik perhatian pengguna Threads selepas beberapa individu berkongsi rakaman dan mempersoalkan apa yang sebenarnya berlaku di lebuh raya berkenaan. – KOSMO! ONLINE

 

View on Threads

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN