fbpx
STEPHENSON menarik sebuah kereta menggunakan alat sulitnya baru-baru ini di sebuah pusat memandu berhampiran York, Britain. - Jane Pumphrey / SWNS

Lelaki tarik kereta guna alat sulit

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

LONDON – Seorang lelaki mencuri tumpuan selepas melakukan aksi luar biasa apabila menarik sebuah kereta seberat 1.5 tan hanya menggunakan hujung alat sulitnya di York, Britain, lapor akhbar Metro UK.

John Stephenson, 50, melakukan cabaran ekstrem itu sambil mengenakan kostum dan topeng watak pembunuh bersiri terkenal filem seram Hollywood, Michael Myers.

Aksi berani itu menyaksikan dia menggerakkan sebuah kenderaan jenis Renault Megane coupe demi meningkatkan kesedaran awam terhadap mangsa keganasan rumah tangga dalam kalangan lelaki.

Stephenson, yang terkenal dengan rekod fizikal luar biasa, mengakui cabaran kali ini memberi kesakitan paling perit yang pernah dialaminya.

“Sejujurnya, menggunakan bahagian hujung alat sulit  ini amat menyakitkan. 

“Ini adalah cabaran paling perit yang pernah saya tempuh setakat ini,” katanya. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN