fbpx

Jangan tular perkara tidak sah – Polis Kluang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KLUANG – Polis menasihatkan orang ramai agar tidak menularkan perkara yang tidak disahkan benar khususnya melibatkan perkara yang boleh menimbulkan kegusaran dan menggugat ketenteraman masyarakat.

Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Low Hang Seng berkata, peringatan itu dibuat ekoran penularan kes penderaan kanak-kanak lelaki sehingga maut di media sosial.

Jelas beliau, perkara itu dikesan pihaknya dalam laman sosial Facebook hari ini.

“Pada pukul 2 pagi 23 Mac lalu, Ibu Pejabat Polis Daerah Kluang telah menerima laporan daripada Hospital Kluang memaklumkan mereka menerima seorang pesakit bayi lelaki berusia 8 bulan dipercayai didera.

“Ia ekoran kesan lebam di bahagian dahi, pipi kanan dan lengan tangan kanan.

“Mangsa kemudian disahkan meninggal dunia pada pukul 10 pagi, 29 Mac lalu ketika sedang mendapatkan rawatan di Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Tambah beliau, bedah siasat telah dijalankan dan punca kematian diklasifikasi sebagai Pending Laboratory Investigation.

“Siasatan masih dijalankan bagi merakam percakapan saksi, mendapatkan laporan perubatan, laporan bedah siasat dan ujian DNA.

“Sehubungan itu, polis menasihati orang ramai untuk tidak menularkan perkara yang tidak disahkan benar khususnya melibatkan perkara yang boleh menimbulkan kegusaran dan menggugat ketenteraman masyarakat,” ujarnya.

Hang Seng turut memberitahu, tindakan mengikut undang-undang boleh diambil di bawah Seksyen 233(3) Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. – K! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN