Mohd. Shuhaily pada sidang akhbar AKPS di Setia Perkasa, Putrajaya hari ini. GAMBAR : FAISOL MUSTAFA

Saya tidak mahu KLIA jadi macam Selayang – Mohd. Shuhaily

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PUTRAJAYA – Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS), Datuk Seri Mohd. Shuhaily Mohd. Zain menegaskan beliau tidak mahu membiarkan keselamatan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) terus terjejas sehingga menyamai keadaan seperti di Selayang.

Mohd. Shuhaily berkata, beliau begitu menghargai sokongan diberikan kepadanya untuk meneruskan segala usaha bagi memperbaiki keselamatan di pintu masuk negara termasuk di KLIA.

“Saya memgambil peluang ini untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang menyokong untuk meneruskan apa juga usaha untuk membaiki keselamatan pintu masuk negara.

“Saya amat-amat menghargai dan itulah semangat saya pegang untuk saya terus berusaha mengubah prasarana ataupun orang panggil keselamatan di pintu masuk negara.

“Saya tidak mahu KLIA jadi macam Selayang. Saya tidak mahu membiarkannya hingga jadi macam Selayang,” katanya pada sidang akhbar khas di sini tadi.

Mohd. Shuhaily berkata, penubuhan AKPS oleh kerajaan mempunyai sebab kukuh di mana ia menggabungkan enam agensi untuk berada di bawah satu agensi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN