PEKERJA kesihatan bersiap sedia menyuntik vaksin ujian untuk virus Ebola di Makmal Wilayah di Ituri pada 19 September lalu. – AFP

Ebola lepasi 8,000 kes, hampir 4,000 orang maut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KINSHASA – Republik Demokratik Congo(DRC) mencatatkan lebih 8,000 kes Ebola, termasuk hampir 4,000 kematian, ketika negara itu dilanda wabak paling buruk dalam sejarah, demikian menurut data pihak berkuasa dilihat AFP semalam.

Pertengahan Mei lalu, DRC mengisytiharkan penularan wabak Ebola ke-17, penyakit demam berdarah yang membunuh lebih 15,000 orang di Benua Afrika sejak 50 tahun lalu.

Sehingga kini, DRC merekodkan 8,067 kes termasuk 3,901 kematian dan 2,070 kes sembuh yang mewakili kadar kematian sebanyak 48.4 peratus.

Bermula di Ituri, timur laut DRC, wabak Ebola merebak ke tujuh wilayah lain, dengan Ituri, Kivu Utara dan Uele Atas menyumbang sebahagian besar kes direkodkan.

Agensi kesihatan Kesatuan Afrika menganggap wabak itu ‘masih belum terkawal’. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN