Hassan melambai ke arah petugas media selepas kenderaan rasminya keluar dari Istana Hinggap Seremban, hari ini. Foto oleh NUR SHARIEZA ISMAIL /KOSMO!

Ismail selesai menghadap Tuanku Muhriz 3 jam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SEREMBAN – Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Ismail Lasim selesai menghadap Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir di Istana Hinggap Seremban, hari ini, selepas hampir tiga jam.

Beliau dipercayai meninggalkan istana menggunakan pintu belakang selepas selesai menghadap baginda.

Bagaimanapun, intipati pertemuan itu tidak dapat dipastikan, namun dipercayai berkaitan krisis adat dan kemelut semasa di negeri ini sedang berlaku.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Juasseh terbabit sebelum itu memasuki istana pada jam 10.50 pagi.

Sementara itu, kenderaan dinaiki Undang Luak Rembau, Dato’ Sedia Raja Hassan Ab Hamid dan Undang Luak Sungei Ujong, Dato’ Klana Petra Muhammad Faris Johari dilihat keluar dari istana pada pukul 1.48 petang.

Hassan sempat membuka tingkap dan melambaikan tangan kepada petugas media sambil memaklumkan bahawa perbincangan masih belum selesai.

Dalam pada itu, Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Alzafny Ahmad yang turut hadir dalam perjumpaan berkenaan enggan mengulas lanjut, namun memaklumkan ia adalah perjumpaan sulit. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN