fbpx
KELSO diiktiraf sebagai bomba terpendek di dunia. - Guinness World Record

Wanita berketinggian 135cm diiktiraf bomba terpendek di dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

WASHINGTON – Seorang anggota bomba di Amerika Syarikat (AS) mencuri perhatian dunia selepas diiktiraf secara rasmi oleh Guinness World Record sebagai anggota bomba wanita terpendek di dunia, lapor saluran berita United Press International.

Wanita berkenaan, Kelso, yang berketinggian 135 sentimeter (cm), telah berkhidmat selama lima tahun di Jabatan Bomba St. Pete Beach, Florida. 

Dia sebelum ini pernah bekerja dalam sektor korporat  sebelum dipujuk oleh rakan-rakan untuk menyertai bomba.

Menurut Kelso, pengiktirafan tersebut bermula daripada usikan di balai bomba tempat beliau bertugas.

“Saya tidak pernah menyangka perkara ini akan berlaku. 

Ia bermula sebagai gurauan di balai bomba sahaja,” katanya kepada wakil  Guinness World Record.

Rakan sekerjanya cuba membuat semakan dan mendapati dirinya berpeluang untuk memohon rekod berkenaan. 

Selepas melalui pelbagai proses pengesahan dan pengukuran rasmi, akhirnya ia menjadi kenyataan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN