fbpx
Gambar hiasan.

Panggilan tidak berjawab, rupanya tunang sudah meninggal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

ALOR GAJAH – Kebimbangan seorang wanita apabila panggilan telefon dibuat kepada tunangnya tidak berjawab terlerai setelah lelaki itu ditemui tidak bernyawa di sebuah rumah di Simpang Ampat di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Ahmad Abu Bakar berkata, wanita itu datang ke kediaman mangsa selepas lelaki berkenaan tidak menjawab panggilan telefonnya sejak malam tadi.

“Individu itu yang masuk melalui tingkap, menemukan lelaki itu berada di dalam unit sebelum menghubungi ambulans.

“Pemeriksaan lanjut kemudian mengesahkan mangsa sudah meninggal dunia,” katanya ketika ditemui, di sini, hari ini.

Mangsa yang bekerja di sebuah kilang dipercayai tinggal seorang diri di kediaman itu.

Sementara itu, dalam kejadian berasingan kira-kira 30 minit sebelum itu, seorang lelaki tempatan berusia 57 tahun turut ditemui dalam keadaan tidak bernyawa di sebuah unit bangunan rumah kedai terbiar di Cherana Putih, Taboh Naning.

Menurut Ahmad, mangsa yang berasal dari Simpang Ampat itu ditemukan orang awam yang melakukan rondaan di kawasan itu kira-kira pukul 11.30 pagi.

“Pihak polis yang tiba di lokasi mendapati mangsa dipercayai sudah meninggal dunia sejak dua hari lalu dan pasukan forensik dan ambulans yang tiba kemudian mengesahkan kematian mangsa,” katanya.

Katanya, pemeriksaan awal terhadap kedua-dua mangsa tidak menemukan unsur jenayah, manakala tiada tanda pecah masuk dikesan di lokasi kejadian kedua.

“Kes kedua-dua kematian diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR). Mayat kedua-dua mangsa dibawa ke Hospital Alor Gajah untuk proses bedah siasat bagi mengetahui punca kematian,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN