Kinabalu ialah gunung tertinggi di Malaysia dengan ketinggian 4,095 meter dari aras laut.

5 puncak tertinggi Asia Tenggara, No.1 ramai salah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

Gunung-gunung dijadikan Tuhan sebagai pasak bumi.

Gunung-gunung tertinggi berdiri megah sebagai ciptaan-ciptaan yang disifatkan majestic. Puncak tertinggi yang melepasi ketinggian binaan-binaan lain di dunia itu sering diberikan tumpuan tentang ketinggiannya, bentuknya, ciri keunikan dan negara-negara yang meliputinya.

Gunung sejak dahulu mencetus tanda tanya dan kekaguman. Gunung-gunung tertinggi di dunia memang lazim diketahui, tetapi gunung-gunung tertinggi di Asia Tenggara mungkin tidak ramai yang menyedari.

Minggu ini CitaRasa kongsikan lima gunung tertinggi di negara-negara ASEAN seperti yang dikongsikan oleh SEA Heritage & History.

 

1) Hkakabo Razi – 5,881m

Gunung Hkakabo Razi ialah gunung tertinggi di Myanmar dan Asia Tenggara dengan ketinggian 5,881 meter.

Gunung Hkakabo Razi ialah gunung tertinggi di Myanmar dan Asia Tenggara dengan ketinggian 5,881 meter (m). Ia terletak di utara negeri Kachin, Myanmar, berhampiran sempadan negara India dan China. Ia merupakan sebahagian daripada Taman Negara Hkakabo Razi.
Puncak gunung ini diliputi salji sepanjang tahun. Gunung ini dianggap sebagai salah satu gunung paling sukar dan berbahaya untuk didaki kerana bentuk muka bumi yang ekstrem, hutan tebal serta faktor keselamatan geopolitik di kawasan sempadan.

2) Puncak Jaya – 4,884m
Puncak Jaya atau Piramida Carstensz ialah gunung tertinggi di Indonesia dan rantau Oceania dengan ketinggian 4,884m dari aras laut. Ia terletak di pergunungan Sudirman di wilayah Papua Tengah, Indonesia. Keunikannya ialah memiliki kawasan salji walau berada di kawasan beriklim tropika. Untuk mendaki gunung ini memerlukan kemahiran mendaki tinggi, penggunaan tali serta berdepan laluan tebing curam hampir 90 darjah.

3) Gunung Kinabalu – 4,095m

Gunung Kinabalu ialah gunung tertinggi di Malaysia dengan ketinggian 4,095 meter dari aras laut. Ia terletak di Ranau dan Kundasang, Sabah. Ia merupakan tapak Warisan Dunia Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) dan Geopark Global. Biarpun di kedudukan ketiga, gunung ini masih didakwa sesetengah pihak gunung tertinggi Asia Tenggara atau ‘Maritim Asia Tenggara’ mengambil kira Hkakabo Razi dikatakan jajaran dari Himalaya di Asia Selatan, manakala Puncak Jaya biarpun di Indonesia secara teknikalnya memasuki kawasan Oceania.

4) Fansipan – 3,147m
Gunung Fansipan ialah gunung tertinggi di Vietnam dan seluruh Semenanjung Indochina dengan ketinggian 3,143 meter yang terkenal dengan gelaran ‘Bumbung Indochina’ (Roof of Indochina).
Ia terletak berhampiran bandar Sapa di wilayah Lao Cai, utara Vietnam di Banjaran Hoang Lien Son.

5) Tatamailau – 2,986m
Gunung Tatamailau (juga dikenali sebagai Gunung Ramelau) ialah gunung tertinggi di Timor Leste dengan ketinggian kira-kira 2,986m dari aras laut.
Ia terletak di daerah Ainaro, kira-kira 70 kilometer di selatan ibu kota Dili. Maksud nama ‘Tatamailau’ berasal dari bahasa Mambai tempatan yang bermaksud ‘Datuk dari semua’ (Grandfather of All). Puncak gunung ini menempatkan sebuah patung Virgin Mary setinggi tiga meter dari Itali dan menjadi tapak ziarah keagamaan yang penting bagi penganut Katolik. Pendakiannya agak mudah dengan mengambil masa sekitar dua hingga tiga jam dari perkampungan terakhir Hatobuilico.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN