fbpx
MOMEN menyentuh hati Zizan bersama peminat ciliknya, adik Aqilah.

Peminat cilik Zizan Razak runtun emosi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

MESKIPUN jadual kerjanya padat, Zizan Razak tetap mencuri masa untuk bertemu dengan seorang peminat cilik dikenali sebagai Aqilah yang sanggup membuat tabung khas demi bertemu dengan artis kesayangannya itu.

Berpeluang bertemu baru-baru ini di Sabah, Zizan menganggap pertemuan itu sebagai hadiah terindah apatah lagi mempunyai peminat cilik yang sangat menyokong kerjaya seninya.

“Terubat hati bila dapat hadiah yang tak ternilai sebegini. Umur lapan tahun tetapi peminat tegar saya.

“Macam tak boleh percaya tetapi inilah hasil kerja penat lelah saya sepanjang karier.

“Ini yang terbaik saya boleh lakukan untuk adik Aqilah. Walaupun saya habis ‘shoot’, memang agak penat sedikit dari pagi. Ulang-alik kerja tetapi ini semua demi peminat saya,” katanya.

Dalam pertemuan itu, dia turut menerima sebuah beg (hasil kutipan tabung) yang penuh dengan hadiah termasuk coklat, kopi dan sepucuk surat.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN