fbpx
Tangkap layar rakaman eskalator tersebut.

[VIDEO] Seram lihat eskalator usang ‘mall’ di Kajang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Sebuah video memaparkan keadaan eskalator sebuah pusat beli-belah yang usang mendapat perhatian pengguna media sosial.

Menerusi satu hantaran di Threads, Anne Alii, keadaan eskalator itu dirakam semasa dia berkunjung ke pusat beli-belah tersebut yang terletak di sekitar Kajang, Selangor.

“Seramnya eskalator ni,” tulis hantaran itu.

Katanya, eskalator itu tidak dihidupkan namun tidak diletakkan palang bagi menghalang pengunjung daripada menggunakannya.

“Tak on (hidupkan) pun eskalator ni tapi seramlah, sepatutnya tutuplah terus jangan bagi orang guna. Dahlah (di) aras paling tinggi,” katanya.

Melalui video tersebut kelihatan eskalator tersebut yang berada dalam keadaan usang dan mengalami sedikit kerosakan di beberapa bahagian anak tangganya.

Tinjauan di ruang komen mendapati rata-rata pengguna turut menyuarakan kebimbangan sama apabila berkunjung ke pusat beli-belah itu.

“Dulu masa kerja masa bulan puasa tahun bila tak ingat ada budak tersepit tangan dekat eskalator tu satu bangunan dengar budak tu menjerit,” kata Erni.

“Tak payah sembang eskalator aih, bau je dah seram,” kata Unicorn. – KOSMO! ONLINE

 

View on Threads

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN