fbpx
Gambar yang dikongsikan @Nazwanhusni memaparkan dia bersama empat bakal bapa yang lain bermalam di hospital ketika menunggu isteri masing-masing melahirkan bayi sulung mereka.

Senangnya lelaki jadi kawan, baru kenal terus ‘check in’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Tidak mengenali antara satu sama lain, tetapi lima bakal bapa begitu akrab apabila sepakat bermalam di hospital sementara menanti isteri masing-masing melahirkan cahaya mata.

Lebih menarik, lima lelaki berkenaan sama-sama berdebar menanti kelahiran anak sulung mereka.

Situasi unik itu dikongsikan pengguna media sosial, @Nazwanhusni yang memaklumkan, sudah memasuki malam ketiga menunggu isterinya untuk bersalin.

“Malam ketiga tunggu isteri kontraksi, malam ni kita bersedia di hospital kalau ada apa-apa. ‘Check in’ (daftar masuk) hotel lima bintang (ruangan hospital) dengan kawan-kawan baru. Sama-sama menunggu ketibaan permata hati sulung. Semoga Allah permudahkan urusan kami semua,” katanya.

Perkongsian itu mencuit hati netizen apabila lima lelaki yang pada awalnya tidak mengenali satu sama lain, tetapi akhirnya dengan mudah menjadi kawan baharu.

“Masing-masing tunggu isteri beranak? Pertama kali tengok situasi ni. Masya-Allah, tabarakallah. Semoga dilancarkan urusan semua,” ujar @Zakiraafına.

“Betapa mudahnya lelaki jadi kawan. Semoga dipermudahkan urusan isteri semua untuk bersalin dan selamat membesarkan amanah masing-masing nanti,” ucap @Hatisamronkin.

“Borak-borak dulu bang, lepas tu lupa tanya nama,” komen @Izhar.sani. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN