fbpx
SALAH meledak hatrik ketika Trabzonspor mengejutkan Galatasaray pada aksi Liga Turkiye awal pagi semalam. - AFP

Liga Turkiye: Salah mula ‘buat hal’ di Trabzonspor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

TRABZON – Bintang Mesir, Mohamed Salah terus mencipta impak besar apabila membantu Trabzonspor meraih kemenangan 4-0 ke atas juara bertahan Liga Turkiye, Galatasaray, awal pagi semalam.

Kemenangan selesa itu juga memberikan permulaan cemerlang buat pengendali baharu pasukan, Thomas Reis yang mengakui sedang dilamun episod manis dan cukup berbangga dengan persembahan pemainnya.

“Seperti saya katakan sebelum perlawanan, saya hanya ada masa singkat untuk melakukan persiapan. Kami memiliki pemain berpengalaman seperti Fabinho dan Salah, jadi mereka melakukan tugas dengan baik walaupun dalam tempoh singkat.

“Minggu ini adalah detik istimewa buat saya. Pasukan ini menunjukkan persembahan yang hebat dan pastinya saya gembira dengan kualiti dipamerkan oleh pemain,” katanya.

Selain hatrik Salah, Noah Saviolo turut merekodkan namanya dalam senarai penjaring sekali gus ‘menghadiahkan’ kekalahan sulung Galatasaray dalam enam perlawanan awal musim ini.

Mengulas tentang impak dijelmakan oleh Salah, Reis seakan tiada kata-kata untuk menzahirkan keterujaan kerana beranggapan semua orang sudah tahu kualiti yang ada pada bekas bintang Liverpool itu.

“Kita tahu kualiti Salah dan apa yang dia boleh lakukan. Namun seluruh pasukan sudah pun menunjukkan semangat juang hingga membuka peluang kepadanya,” katanya. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN