fbpx
Noraizal bersama anak lelaki bongsunya ketika ditemui di Kampung Parit Serom, Benut, Pontian semalam.

Isteri perah keringat, suami menahan sebak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PONTIAN – Seorang lelaki dirundung hiba apabila hanya dapat menyaksikan isterinya mengerah kudrat mencari rezeki selepas dia diserang angin ahmar dan sakit saraf yang menyebabkannya pergerakannya terbatas sejak lima tahun lalu.

Noraizal Jamiran, 44, berkata, dia terpaksa berhenti kerja sebagai warden asrama pekerja ­asing di Senai, Johor Bahru hingga kehilangan gaji RM1,700 sebulan.

Katanya, dia hanya mengha­rapkan isterinya, Rohana Salleh, 40, menguruskan keluarga termasuk lima anak mereka yang berusia antara empat hingga 13 tahun.

“Semua itu diuruskan isteri kerana saya tidak lagi mampu bergerak seperti biasa. Anak sulung berusia 13 tahun tinggal di asrama, manakala tiga lagi berumur antara tujuh hingga 12 tahun perlu dihantar dan diambil di sekolah oleh isteri.

“Setiap anak menerima RM200 sebulan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat dan tiga daripadanya mendapat Rancangan Makanan Tambahan di sekolah,” katanya ketika ditemui di Kampung Parit Serom, Benut di sini.

Menurut Noraizal, pendapatan isterinya sebagai pembuat dan penjual aiskrim Malaysia tidak menentu dan bergantung kepada tempahan.

Tambahnya, dia hanya me­nerima pampasan RM5,000 daripada bekas majikan selain Sistem Insurans Pekerjaan daripada Perkeso.

“Saya sudah mencarum lebih 10 tahun dan berharap Perkeso dapat membantu saya mendapatkan pendapatan setiap bulan kerana saya masih tidak mampu bekerja,” katanya.

Katanya, keadaan itu menyebabkan mereka sekeluarga terpaksa menjalani kehidupan secara ala kadar, terutama dalam menyediakan makanan harian.

Orang ramai yang bersimpati boleh menghulurkan bantuan ke ke akaun Public Bank 6839 2395 31 atau hubungi talian 012-567 6564 atau 011-7315 3767.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN