fbpx
Seekor penyu agar dirakam menghampiri sebuah rumah penduduk untuk bertelur di Kampung Geliga, Kemaman.

Dulu jauh, sekarang dah dekat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KEMAMAN – Hakisan yang semakin meruncing di Pantai Geliga di sini, memaksa seekor penyu agar mendarat untuk bertelur di tepi sebuah rumah di Kampung Geliga, di sini baru-baru ini.

Seorang penduduk, Nadia Sharheera Talib, 31, berkata, hidupan marin itu mendarat berhampiran rumah kosong yang pernah didiami keluarganya pada akhir Julai lalu.

“Pada pukul 8 malam, ketika saya bersama ahli keluarga me­ngadakan tahlil di rumah ibu saudara, kami terdengar bunyi bising dari rumah ayah (Talib Kubek) yang ditinggalkan sejak setahun lalu disebabkan hakisan.

“Kami terkejut apabila mendapati bunyi bising itu datang­nya daripada seekor induk penyu agar yang sedang ‘mandi pasir’ (mengorek pasir untuk bertelur),” katanya di sini semalam.

Terdahulu, perkongsian Nadia Sharheera mengenai pengalaman melihat penyu bertelur berhampiran rumah keluarganya tular di laman sosial Threads sejak kelmarin.

Nadia Sharheera berkata, dia dan beberapa ahli keluarganya yang teruja sanggup menunggu selama lebih dua jam sehingga pukul 10.30 malam untuk melihat penyu tersebut bertelur.

Guru taska itu memaklumkan, dia merakam gambar dan video menggunakan mod malam daripada telefon pintar yang tidak mengeluarkan cahaya agar tidak mengganggu penyu tersebut bertelur.

“Saya tidak tahu penyu itu bertelur atau tidak kerana ia pulang lebih awal ketika pasir masih dikorek. Semalam (kelmarin) baru saya muat naik ke dalam media sosial. Sebelum ini, saya pernah melihat penyu agar betina mendarat bertelur di Pantai Geliga kira-kira 10 tahun lalu,” katanya.

Tambahnya, ketika itu, jarak tapak rumah keluarganya dan kawasan penyu agar tersebut bertelur agak jauh. Walau bagaimanapun, pantai itu kini menjadi sebahagian laut disebabkan ­ha­­­k­isan teruk sehingga memaksa penyu bertelur di bahagian dapur tapak rumah keluarganya yang sudah runtuh.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN