fbpx
Gambar hiasan.

Pemuda miliki 27 rekod jenayah ditahan pukul, cederakan isteri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Seorang lelaki tempatan yang memiliki 27 rekod jenayah diberkas selepas dipercayai mencederakan isterinya dengan menggunakan senjata tajam di Cheras, di sini.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus berkata, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Cheras menerima laporan daripada seorang doktor di Hospital Ampang pada pukul 2.19 petang, 29 Ogos lalu.

Menurutnya, laporan dibuat selepas pihak hospital yang merawat wanita berusia dalam lingkungan 40 tahun itu mengesyaki mangsa dipukul dan dikelar menggunakan senjata tajam oleh suaminya melalui perkahwinan adat yang tidak didaftarkan.

“Mangsa yang cedera dimasukkan ke Wad Ortopedik sebelum membuat laporan polis selepas dibenarkan keluar hospital pada 4 September lalu,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Bertindak atas maklumat, sepasukan polis Bahagian Siasatan Jenayah Daerah Cheras menahan suspek pada pukul 4.10 petang, September lalu di pekarangan IPD Dang Wangi.

“Siasatan mendapati lelaki tempatan berusia lingkungan 30-an itu tidak bekerja. Suspek memiliki 27 rekod lampau iaitu 15 kes jenayah dan 12 kes dadah,” katanya.

Tambahnya, ujian saringan air kencing mendapati lelaki itu positif dadah. Suspek direman selama enam hari sehingga kelmarin bagi membantu siasatan sebelum dibebaskan dengan jaminan polis pada hari sama.

Kes disiasat di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan menggunakan senjata. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN